CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, March 24, 2009

1. PENGENALAN

Orang kurang upaya (OKU) adalah seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan hariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal. Lebih kurang 10% daripada populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka., 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk. Orang yang kurang upaya atau cacat biasanya, mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak boleh melihat tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik daripada orang yang normal. Walaubagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuh kemampuan yang sedia ada. Orang kurang upaya dikateogorikan seperti cacat pendengaran dan tidak bercakap, cacat tingkahlaku, dan cacat penglihatan. Cacat pendengaran dikenali sebagai pekak atau tuli. Kecacatan ini berlaku pada bahagian tengah, luar dan dalam telinga, dan juga pada saraf auditori. Cacat tingkahlaku adalah mempunyai masalah tingkahlaku akibat daripada kesukaran secara umum dalam kemahiran ,menyesuaikan diri seperti berkomunikasi, kemahiran menguruskan kehidupan seharian, dan kemahiran mengawal emosi dan sosial. Cacat penglihatan pula bermaksud apabila seseorang itu tidak dapat melihat apa-apa pun kerana mempunyai masalah di mata. Orang yang tidak boleh bercakap pula, dikateogorikan orang bisu. Dalam blog ini, kami akan membincangkan kecacatan orang yang tidak boleh bercakap(orang bisu) dan kecacatan pendengaran(pekak). Cara hidup orang kurang upaya berbeza dengan masyarakat normal.

0 comments: