CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, March 24, 2009

1. PENGENALAN

Orang kurang upaya (OKU) adalah seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan hariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal. Lebih kurang 10% daripada populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka., 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk. Orang yang kurang upaya atau cacat biasanya, mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak boleh melihat tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik daripada orang yang normal. Walaubagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuh kemampuan yang sedia ada. Orang kurang upaya dikateogorikan seperti cacat pendengaran dan tidak bercakap, cacat tingkahlaku, dan cacat penglihatan. Cacat pendengaran dikenali sebagai pekak atau tuli. Kecacatan ini berlaku pada bahagian tengah, luar dan dalam telinga, dan juga pada saraf auditori. Cacat tingkahlaku adalah mempunyai masalah tingkahlaku akibat daripada kesukaran secara umum dalam kemahiran ,menyesuaikan diri seperti berkomunikasi, kemahiran menguruskan kehidupan seharian, dan kemahiran mengawal emosi dan sosial. Cacat penglihatan pula bermaksud apabila seseorang itu tidak dapat melihat apa-apa pun kerana mempunyai masalah di mata. Orang yang tidak boleh bercakap pula, dikateogorikan orang bisu. Dalam blog ini, kami akan membincangkan kecacatan orang yang tidak boleh bercakap(orang bisu) dan kecacatan pendengaran(pekak). Cara hidup orang kurang upaya berbeza dengan masyarakat normal.

2. CARA HIDUP ( ORANG TIDAK BOLEH BERCAKAP & CACAT PENDENGARAN )

2.1 Bahasa tubuh yang digunakan oleh orang bisu dan pekak.
Tersenyum- ketika hati senang
Mengerutkan dahi – sewaktu sedih atau marah
Menganggukkan kepala- menyatakan ya atau tidak setuju
Memperlihatkan diri – menyerang atau permusuhan
Mengangkat bahu – menyatakan tidak tahu atau tidak mengerti

i) Isyarat mata- anak mata membesar hingga empat kali ganda ukuran normal.
-Anak mata bayi dan anak- anak akan membesar apabila ada orang dewasa hadir, agar kehadiran mereka diperlukan dan untuk mendapatkan perhatiaan daripada orang dewasa.
- Bila seseorang tidak jujur atau menyimpan atau menyimpan maklumat-pandangan antara mata akan kurang.
- Bila mata memandang terlalu lama hingga mungkin terasa tidak sopan bagi orang lain.
- Bayangkan adanya segi tiga di dahi lawan bicara menciptakan suasana serius untuk bincangkan sesuatu.

ii) Gerak Isyarat Tangan & Lengan
-Gosok telapak tangan -menyatakan pengharapan positif
-Menggosok jari -gerak isyarat mengharapkan wang
-Jari nampak pucat -menunjukkan sikap kecewa atau benci
-Tangan bentuk menara -menunjukkan sikap percaya diri digunakan dalamkalangan pengurus akauntan.
-Dua tangan di belakang kepala -seorang yang professional
-Kepala terangkat -sikap yang neutral tentang apa yang didengar
-Kepala tertunduk -isyaratkan sikap negatif

2.2- Kemudahan Yang Disediakan Untuk Bantu Golongan ‘Istimewa’ Berkomunikasi

1. ICT
- Pembantu peribadi digital (PDA) diperkenalkan sebagai alat komunikasi baru bagi golongan kurang upaya.
- PDA atau computer mengubah gambar menjadi perkataan atau teks
-suara apabila skrinnya di sentuh.
- Kandungan utama adalah berkaitan kehidupan seharian merreka termasuk makanan, minuman, kesihatan, dan kekeluargaan yang menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris.

2. Telefon Bimbit
- Golongan kurang pendengaran menggunakan sistem pesanan ringkas(SMS) sebagai alat perhubungan.
- Dengan SMS, mereka begitu mudah untuk menghubungi keluarga atau rakan bagi memaklumkan sesuatu perkara atau dimana mereka berada.

3. Alat elektronik
- mempunyai 3 komponen utama iaitu dan alat penerima (microphone), penguat suara (amplifier) dan corong suara (speaker).
- Mikrofon berfungsi untuk menerima bunyi-bunyi di sekitar pemakainya. Amplifier pula berfungsi menambahkan kekuatan tenaga bunyi yang diterima daripada mikrofon. Speaker atau corong suara akan mengeluarkan bunyi untuk disalurkan ke dalam telinga pemakainya bagi golongan kurang pendengaran.
- mempunyai 3 komponen utama iaitu dan alat penerima (microphone), penguat suara (amplifier) dan corong suara (speaker). Mikrofon berfungsi untuk menerima bunyi-bunyi di sekitar pemakainya.
-Amplifier pula berfungsi menambahkan kekuatan tenaga bunyi yang diterima daripada mikrofon. Speaker atau corong suara akan mengeluarkan bunyi untuk disalurkan ke dalam telinga pemakainya

3. KEISTIMEWAAN & KEMUDAHAN GOLONGAN 'ISTIMEWA' UNTUK BERKOMUIKASI

Ø SukanMajlis Paralimpik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekrasi di kalangan orang kurang upaya. Skim intensif dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.

Ø Kegiatan Kesenian dan KebudayaanSatu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.

Ø Kemudahan PendidikanKementerian Pendidikan dibawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat penglihatan,pendengaran dan bermasalah dalam pembelajaran. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar orang kurang pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institut-institut pengajian.

Ø Kemudahan dan Galakan Pelepasan CukaiKerajaan memperluaskan potongan cukai berganda kepada majikan-majikan yang mengambil pekerja yang kurang upaya. Kerajaan juga menambah pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya yang umurnya kurang dari 18 tahun dan memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas untuk diri sendiri atau anak dan ibubapa.

Ø Kemudahan Pengangkutan AwamJabatan menggalakkan syarikat-syarikat pengankutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya.

Ø Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan Orang kurang upaya diberi pengecualian bayaran di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas ketiga, pakar dan ubat-ubatan.

Ø Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang UpayaKerajaan memberi pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk orang kurang upaya.

Ø Kemudahan Mendapat Latihan dan PemulihanJabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

4. PENUTUP

Kesimpulannya walaupun seseorang itu mempunyai kecacatan tertentu maka kita harus melayaninya seperti orang lain, terutama jika mereka mendekati kita bagi tujuan untuk mengahtahwi dengan lebih mendalam tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu hal. Sebagai ahli masyarakat yang akan sentiasa berhadapan dengan OKU, perlulah mengamalkan sikap-sikap tertentu agar kebajikan serta hak-hak mereka terpelihara. Kita perlu menerima mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat kita. Kehadiran mereka bukanlah untuk menghina atau diketawakan tetapi untuk difahami dan dibantu. Selain itu, sebagai masyarakat kita perlu tahu kekurangan serta keperluan mereka agar dengan pengetahuan itu, kita dapat memberi kemudahan-kemudahan yang diperlukan seperti tandas khas, tempat letak kereta serta laluan yang mudah untuk kemana sahaja atau untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Kami berharap pihak kerajaan dapat meningkatkan jumlah bantuan kepada golongan kurang upaya.